top of page

FASAL 5.    KEAHLIAN

  • Keahlian terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.  Bilangan ahli tidak terhad.  Kategori keahlian adalah seperti berikut:

  • Ahli biasa

    • Ahli biasa terbuka kepada semua kakitangan dan dan pelajar Universiti Sains Malaysia dan semua cawangan/kampus universiti.

  • Ahli Seumur Hidup

    • Ahli Seumur Hidup terdiri dari Ahli Biasa yang membayar yuran RM500.00 sekaligus.

  • Ahli bersekutu

    • Ahli Bersekutu terbuka kepada selain daripada kakitangan dan pelajar Universiti Sains Malaysia. Ahli Bersekutu boleh menikmati segala kemudahan yang di sediakan oleh Kelab tetapi tidak boleh memegang jawatan Presiden Kelab.

  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan di hantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.  Jawatankuasa boleh mengikut budi bicara menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

  • Setiap permohonan yang telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej yang berkenaan.

KELAB MULTIMEDIA KREATIF KAMPUS KESIHATAN USM (KMK)

bottom of page