Sumbangan Bantuan Kewangan Kepada Pesakit Kanser WAD 6 UTARA Daripada Kelab Multimedia Kreatif Kampus Kesihatan USM
"FASAL 4. TUJUAN/MATLAMAT KELAB MULTIMEDIA KREATIF USM - (5) Menjalankan kerja kerja amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik serta memerlukan"
Di bawah fasal diatas, Kelab Multimedia Kreatif telah menunaikan janji dalam merealisasikan matlamat Kelab dengan mengagihkan kutipan yuran daripada peserta bengkel yang telah menyertai latihan/aktiviti anjuran KMK bagi tujuan kebajikan. Dan hasilnya, bantuan kewangan telah diberikan kepada insan yang kurang bernasib baik bagi meringankan lagi beban yang dihadapi selama ini dan membantu dalam proses penyembuhan. Bantuan kewangan tersebut bagi bantuan membeli alatan CHEMOPORT. Tujuan CHEMOPORT adalah untuk memberikan ubatan Chemoterhapy bagi rawatan kanser.
Nama pesakit : Nik Muhamad Adam Insani
Pesakit : Wad Utara Onkologi (Medulloblastoma, Kanser Otak)