FASAL 4. TUJUAN/MATLAMAT KELAB MULTIMEDIA KREATIF USM
(1) Mewujudkan aktiviti aktiviti pembangunan modal insan selaras dengan kehendak semasa terutama dalam bidang Fotografi, Videografi, animasi, Penerbitan dan apa apa yang berkaitan dengan multimedia
(2) Melahirkan kakitangan yang mempunyai pemikiran inovatif dan kreatif terutama dalam bidang multimedia dan dapat memanfaatkan pengetahuan dalam menaikkan nama Kampus Kesihatan, USM.
(3) Mengadakan perkongsian pintar dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang berminat dengan penerbitan multimedia yang memberi faedah kepada negara.
(4) Meningkatkan tali silaturahim di kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam multimedia.
(5) Menjalankan kerja kerja amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik serta memerlukan.
(6) Menjalankan aktiviti-aktiviti bagi menambah dana Kelab bagi mencapai objektifnya dengan syarat mendapat persetujuan mesyuarat dan lain lain pihak berkuasa (jika perlu)