top of page

FASAL 6.    BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

  • Bayaran yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

  • Ahli Biasa: RM40.00 setahun

  • Ahli Bersekutu : RM40.00 setahun

  • Ahli Seumur Hidup: RM500.00 sekali seumur hidup.

 

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10.00.

 

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap bulan.

 

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

 

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

 

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

 

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

KELAB MULTIMEDIA KREATIF KAMPUS KESIHATAN USM (KMK)

bottom of page